Jika anda masih menyimpan koleksi permainan yang pernah popular sekitar tahun 90-an dahulu, tahukah anda permainan itu boleh menukarkan anda menjadi kaya-raya dalam sekelip mata?
Memetik laporan dari Daily Star, terdapat beberapa mainan yang kini menjadi demand sekumpulan pengumpul barangan antik di seluruh dunia, seperti yang kini dijual menerusi laman jualan antarabangsa, iaitu eBay.
Antara yang paling bernilai adalah anak patung Beanie Babies “Employee the Bear”, kad koleksi Pokemon dan set penuh Lego yang boleh mencecah harga melebihi £1,000 atau bersamaan RM5,353.82 ketika ini. Wow!
Berikut adalah anggaran harga terkini yang ditawarkan kepada koleksi mainan yang pernah popular sekitar tahun 90-an:
Beanie Babies: lebih £1,000
Kad koleksi Pokémon: lebih £1,000
Set penuh Lego: lebih £1,000
Polly Pocket: sehingga £450
Mainan Happy Meal: sehingga £300
Super Soakers: sekitar £200
Game Boy: sekitar £250
Tamagotchi: sehingga £100
Power Rangers figurines: sehingga £100
Kad Yu-Gi-Oh!: sehingga £100
Furbies: melebihi £30
Mario Kart 64: sehingga £50
Tape VHS Disney: sehingga £10
**nota: £1 bersamaan RM5.35 (16 Julai 2020)
Tambah lagi, ada sesetengah kad Pokemon yang agak rare, dijual sehingga RM32 ribu setiap satu, bergantung kepada edisi dan permintaan.
Siapa lagi masih ada koleksi-koleksi diatas?
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.