
Singapura kini diiktiraf sebagai "ibu kota petir dunia" berikutan kekerapan fenomena petir yang berlaku sepanjang tahun, menurut laporan portal berita MailOnline semalam.
Berdasarkan rekod dari Stesen Cuaca Changi, kejadian kilat atau petir berlaku secara purata antara 171 hingga 186 hari setiap tahun.
Pada tahun 2021, Singapura mencatatkan kepadatan petir tertinggi di dunia, dengan 163.08 kejadian petir bagi setiap kilometer persegi.
Secara amnya, ribut petir lebih kerap berlaku di kawasan beriklim tropika, yang dipengaruhi oleh dua faktor utama.
Faktor pertama adalah angin yang membawa kelembapan dari laut ke kawasan daratan. Sementara itu, faktor kedua melibatkan angin kencang dan hujan lebat yang terbentuk di Pulau Sumatera dan Selat Melaka, yang menyebabkan ribut petir bergerak menuju ke Malaysia dan Singapura.
Sumber: Kosmo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.