Cadangan pemilik baharu Twitter, Elon Musk untuk sistem langganan Twitter Blue sah telah dilancarkan dengan rasminya.
Pengguna Twitter Blue akan dikenakan langganan bulanan sebanyak AS$7.99 (RM38) untuk tanda semak di sisi nama akaun mereka beserta ciri tambahan lain.
Malah, laman media sosial itu juga mempunyai ciri-ciri istimewa seperti melihat separuh daripada iklan yang diterima oleh pengguna biasa dan keupayaan memuat naik klip video lebih panjang, sehingga 10 minit.
Para pengguna di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, New Zealand dan Britain kini boleh menggunakan perkhidmatan itu dan ia akan meluaskannya di seluruh dunia tidak lama lagi.
“Sebaik sahaja kami dapat mengesahkan Twitter Blue berfungsi dengan baik di beberapa negara terawal dan menyelesaikan kerja penterjemahan, ciri ini seterusnya akan dilancarkan di seluruh dunia,” katanya.
Tambahnya, pengguna Twitter Blue akan menyaksikan iklan yang ‘dua kali lebih relevan’ dan akan menjadi ‘alat untuk memerangi penipuan atau kesalahan maklumat secara berkala’.
Tawaran ranking untuk ‘kandungan yang lebih berkualiti’ akan dimiliki pengguna dengan meningkatkan kebolehan dalam membalas ciapan dan capaian pelanggan.
Memetik ciapan Twitter, pihaknya akan ‘mengurangkan kewujudan penipuan secara online, spam dan bot’.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.