Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Siti Jamumall Akui Tersiksa Emosi Selepas Penceraian, Terpaksa Sembunyikan Kesedihan Daripada Anak

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 Jul 2025, 02:43 PM

siti jamumall akui tersiksa emosi selepas penceraian, terpaksa sembunyikan kesedihan daripada anakFoto: Instagram

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, mengakui dirinya mengalami tekanan emosi yang mendalam selepas berdepan penceraian.

Meskipun berusaha untuk kelihatan kuat di hadapan anak-anak, beliau tidak menafikan ada kalanya kesedihan tidak dapat disembunyikan.

Menurut Siti, anak sulungnya yang baru berusia enam tahun turut merasai kesan emosi daripada apa yang sedang berlaku. Beliau mendedahkan bahawa dirinya terpaksa memendam perasaan dan menipu anak-anak demi menjaga hati mereka.

“Sebenarnya kadang-kadang adalah menangis depan anak-anak, bila mereka tanya tu saya cakap dengan mereka mommy okay cuma mommy sedih je kaki mommy sakit,” katanya ketika ditemui.

Siti berkata, walaupun cuba sekuat mungkin untuk tidak menunjukkan kesedihan, dia menyedari anak sulungnya menjadi murung dan kerap termenung di sekolah. Situasi itu membuatkannya sedar bahawa beliau perlu lebih kuat demi kesejahteraan anak-anak.

“Saya terpaksa tipu mereka, tapi saya nampaklah masa saya sedih anak sulung saya tu, dia pun murung. Dia baru enam tahun, kadang dia pergi sekolah cikgu tanya kenapa dia banyak termenung, jadi saya rasa macam… saya tak boleh tunjuk kesedihan saya.

“Bila saya dah mula okay, dah mula gembira kembali, saya lihat anak saya pun sama. Dia dah mula banyak borak, banyak bermain. Kalau tidak dia diam sahaja dan sekarang, alhamdulillah saya dah okay,” jelasnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga antara Siti dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus menarik perhatian umum apabila pertelingkahan mereka disiarkan secara langsung di TikTok dan diakhiri dengan lafaz cerai di hadapan khalayak.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan tersebut bercerai selepas pernah kembali rujuk sebelum ini. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes tuntutan pengesahan lafaz cerai mereka.

Untuk rekod, Siti juga pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019 namun hubungan itu berakhir selepas tiga tahun.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us