Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

‘Bukan Baru Hari Ini Saya Menyanyi Percuma’ – Siti Nurhaliza Jawab Isu Persembahan Percuma di Majlis KKM

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Apr 2025, 12:24 PM

‘bukan baru hari ini saya menyanyi percuma’ – siti nurhaliza jawab isu persembahan percuma di majlis kkmFoto: Instagram

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, akhirnya membuka mulut selepas menjadi perbualan ramai gara-gara persembahan percuma beliau di majlis Hari Raya anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memetik laporan Kosmo, menjawab isu yang semakin tular itu, Biduanita Negara itu tampil tenang namun tegas, menjelaskan bahawa beliau bukan baharu dalam soal berbakti kepada negara dan tahu bila masanya untuk memberi sumbangan secara ikhlas, tanpa mengharapkan bayaran.

“Saya dah lama dalam industri. Saya tahu bila masanya sesuai nak menyanyi percuma dan bila saya perlu terima bayaran. Saya tak kisah pun orang nak cakap apa,” katanya ketika ditemui media di tayangan perdana filem Telaga Suriram.

Penyanyi yang sudah lebih dua dekad menghiburkan rakyat Malaysia itu berkata, dia tidak mudah terasa atau berkecil hati dengan sebarang spekulasi. Malah, Siti menganggap apa yang berlaku hanyalah salah faham, dan dia tetap akan menjadi dirinya yang tidak lokek berbakti.

‘bukan baru hari ini saya menyanyi percuma’ – siti nurhaliza jawab isu persembahan percuma di majlis kkmFoto: Instagram

“Saya tetap Siti Nurhaliza yang orang kenal. Saya hormat orang, dan saya tahu bila masa yang betul untuk menyumbang kepada negara,” katanya lagi dengan senyuman.

Kehadiran Siti ke majlis KKM tersebut awalnya hanya sebagai tetamu jemputan, namun beliau mengambil inisiatif untuk membuat persembahan istimewa secara sukarela bersama Datuk Jamal Abdillah sebagai tanda penghargaan kepada warga kesihatan.

Namun begitu, wujud segelintir pihak yang mempertikai kononnya bayaran tinggi telah dibuat oleh KKM kepada artis jemputan, walaupun kenyataannya Siti hadir tanpa sebarang tuntutan bayaran.

Di sebalik kecaman, ramai juga yang memuji sikap rendah hati dan keikhlasan TokTi, yang sering tampil menyokong acara amal, kebajikan dan negara, tanpa mengira masa atau ganjaran.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us