Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Ada Hal Tak Masuk Akal, Tapi Itulah Hakikatnya…” – Siti Nurhaliza Pertahan Amad Dayyan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Oct 2025, 03:40 PM

“ada hal tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya…” – siti nurhaliza pertahan amad dayyanFoto: Instagram

Biduani­ta Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan anak saudaranya, Amad Dayyan, yang meraih tempat keenam dalam Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) semalam.

Amad yang sebelum ini disebut-sebut antara calon juara tidak dapat memberikan persembahan terbaik selepas mengalami kesukaran untuk menyanyi akibat menahan kesakitan.

Menurut Siti, apa yang berlaku kepada Amad adalah takdir dan menolak spekulasi negatif netizen terhadap anak saudaranya itu.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi nombor satu negara itu turut berkongsi video sesi latihan Amad bersama Nadeera bagi menunjukkan keadaan sebenar sebelum malam kemuncak berlangsung.

“Kondisi Amad sebenarnya baik, sihat dan fit untuk persembahan. Namun takdir berkata lain pada hari Grand Finale. Sebagai ahli keluarga, kami tahu apa yang berlaku, bukan faktor kesihatan, kesan dari komen-komen atau penat.

“Tapi sebagai manusia biasa, kita percaya dalam kehidupan ini ada hal-hal luar dugaan, hal-hal tak masuk di akal, tapi itulah hakikatnya,” tulis Siti.

 

 

Siti turut meminta orang ramai agar tidak membuat pelbagai persepsi terhadap Amad kerana hanya mereka yang berada di lokasi kejadian mengetahui situasi sebenar.

“Bagi sesiapa yang berada di lokasi semalam pasti tahu apa yang berlaku. Untuk bersikap adil kepada Amad, janganlah buat pelbagai andaian,” katanya.

Tambahnya lagi, adik kepada Amad, iaitu Aisy, turut terkena tempias dengan apa yang berlaku pada malam berkenaan.

“Setiap kita ada cabaran, apatah lagi dalam bidang ini. Malah malam tadi bukan Amad sahaja yang terkena, tetapi adiknya, Aisy juga turut menerima tempias.

“Doakan agar kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga Amad juga terus kuat,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Amad rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale TTMM. Dia kemudian dibawa ke belakang pentas sebelum muncul semula untuk persembahan solo dan duet bersama Nadeera.

Namun selepas bergelut di atas pentas, Amad akhirnya pengsan dan dibawa keluar dari pentas.

Pada akhir rancangan, Amad bersama ibunya, Siti Saerah, diumumkan sebagai pemenang tempat keenam.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us