Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Siti Nurhaliza Panjatkan Rasa Syukur, Lepaskan Ibu Tunai Haji - “ Ya Allah, Jagakan Dia Di Sana"

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 05:16 PM

tangisan syukur siti nurhaliza lepaskan ibu tunai haji - “ ya allah, jagakan dia di sanaFoto: Instagram

Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak dan rasa syukur apabila ibunya tercinta, Siti Salmah Bachik, selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Dalam satu hantaran yang menyentuh hati di laman Instagram miliknya, Siti berkongsi detik penuh emosi ketika menghantar ibunya ke pusat pengumpulan jemaah haji seawal waktu Subuh pada hari Rabu.

Tidak ketinggalan, beliau turut memanjatkan doa agar ibunya serta seluruh jemaah haji diberikan perlindungan dan kesihatan sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, Subuh tadi Mak Salmah telah selamat berangkat untuk menunaikan fardu haji. Mak pergi bersama rakan-rakan serta rombongan jemaah Tabung Haji. Syukur segala urusan seperti beg dan pendaftaran berjalan lancar dengan bantuan petugas,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.

Siti yang kelihatan tenang namun sarat dengan emosi, turut menitipkan doa buat ibunya di ruangan media sosial.

“Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji yang lain. Berikan mereka kesihatan, kekuatan dan kemudahan sepanjang menunaikan ibadah. Kurniakanlah mereka haji yang mabrur dan pulangkan mereka ke tanah air dengan selamat. Amin.”

tangisan syukur siti nurhaliza lepaskan ibu tunai haji - “ ya allah, jagakan dia di sana

Foto: Instagram

Turut disertakan beberapa keping gambar suasana awal pagi ketika beliau dan ahli keluarga lain menghantar Siti Salmah, memaparkan momen mesra dan penuh kasih sayang antara ibu dan anak

Wajah Siti jelas menggambarkan perasaan bercampur baur antara gembira, bangga dan sebak melepaskan ibu tersayang menjalani ibadah yang menjadi impian setiap Muslim.

Rata-rata peminat serta rakan artis membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata positif, memberi sokongan serta mendoakan ibadah haji ibu Siti Nurhaliza berjalan lancar. Ramai yang tersentuh melihat nilai kasih sayang serta penghormatan Siti terhadap ibunya.

Meskipun sibuk dengan jadual seni dan perniagaan, Siti tetap meluangkan masa untuk bersama ibunya di saat penting itu, sekali gus memperlihatkan betapa kuatnya hubungan mereka.

Ibadah haji ini jelas memberi makna yang amat mendalam buat Siti sekeluarga, dan beliau tidak henti-henti meminta doa daripada para pengikutnya agar urusan ibunya dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci.

Semoga ibu Siti Nurhaliza dan seluruh jemaah Malaysia dikurniakan haji yang mabrur, serta kembali ke tanah air dalam keadaan sihat dan selamat.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us