Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

[VIDEO] Sorato Shimizu Cipta Rekod Dunia Baharu, Gegar Dunia Pecut pada Usia 16 Tahun

IDRUS, Husna Najwa
29 Jul 2025, 12:06 PM

[video] sorato shimizu cipta rekod dunia baharu, gegar dunia pecut pada usia 16 tahun

Foto: Olympics.com

Nama Sorato Shimizu kini meniti di bibir peminat sukan seluruh dunia selepas atlet remaja Jepun itu mencipta sejarah baharu dalam dunia olahraga. Dalam kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah yang berlangsung kelmarin, Shimizu yang baru berusia 16 tahun mencatat masa luar biasa 10.00 saat dalam acara 100 meter (m), sekali gus memecahkan rekod dunia untuk pelari bawah 18 tahun.

[video] sorato shimizu cipta rekod dunia baharu, gegar dunia pecut pada usia 16 tahun

Foto: Olympics.com

Kejayaan ini menyaksikan Shimizu menewaskan rekod terdahulu iaitu 10.06 saat yang dikongsi bersama oleh dua pelari ternama Christian Miller dari Amerika Syarikat dan Puripol Boonson dari Thailand. Lebih mengejutkan, masa yang dicatat Shimizu itu juga lebih pantas daripada catatan legenda pecut dunia, Usain Bolt ketika berusia 20 tahun.

 

 

Bolt, yang kekal memegang rekod dunia acara 100m (9.58 saat), hanya mencatat 10.03 saat ketika berumur 20 tahun. Walaupun ketika itu Bolt lebih menumpukan acara 200 meter, pencapaian Shimizu tetap mencuri perhatian global sebagai satu pencapaian menakjubkan daripada atlet muda.

[video] sorato shimizu cipta rekod dunia baharu, gegar dunia pecut pada usia 16 tahun

Bukan sahaja mencipta rekod dunia bawah 18 tahun, masa 10.00 saat itu turut menjadikan Shimizu pemegang baharu rekod sekolah menengah kebangsaan Jepun. Rekod sebelumnya, 10.01 saat yang dicatat Yoshihide Kiryu, bertahan selama 12 tahun sebelum akhirnya dileburkan oleh bakat luar biasa ini.

Shimizu kini berada dalam senarai lima pelari terpantas dalam sejarah Jepun, ini merupakan satu pencapaian luar biasa bagi seorang pelajar sekolah menengah. Lebih penting lagi, masa yang dicatatkan beliau telah melepasi had kelayakan untuk menyertai Kejohanan Dunia Olahraga yang dijadual berlangsung di Tokyo pada September ini.

Dalam satu temu bual selepas perlumbaan, Shimizu berkata:

“Saya bertekad untuk berlari di bawah 10 saat menjelang perlumbaan akhir. Saya gembira dapat mencipta rekod sekolah menengah. Saya ingin mencuba rasanya jika saya boleh melayakkan diri.”

Kini, mata dunia tertumpu kepada Shimizu, bintang muda yang bukan sahaja membawa harapan baharu kepada Jepun, tetapi juga menghidupkan semula semangat pecut dunia dengan prestasi yang luar jangka. Dengan disiplin dan bimbingan yang betul, Sorato Shimizu mungkin bakal menjadi nama besar seterusnya dalam sejarah olahraga dunia.

Sumber: Agensi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us