Seorang pengantin lelaki memukau tetamu jemputannya apabila mengenakan kostum Ultraman Taro sewaktu majlis perkahwinannya.

Menurut perkongsian di laman TikTok miliknya, Mohamad Zulhafizie Senin mengakui dia menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama peminat siri Ultraman.
“Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi sehingga kedua-dua pihak keluarga kami memberi sokongan minat kami, sambil membuat majlis besar-besaran luar biasa untuk kami. Terima kasih, sayang isteri dan sayang semua sekeluarga,” katanya.
Pelbagai reaksi dan komen daripada warganet berseloroh mengenai Ultraman yang kini telah menamatkan zaman bujang.
“Akhirnya Ultraman berkahwin juga,” kata seorang warganet.
“Nanti bolehlah dia cakap dekat anak macam ni, ‘bapak dulu Ultraman tau nak’,” komen di laman Facebook.
“Pandai abang pakai kostum sorok daripada bini tua ke (berseloroh),” jelas warganet di komen.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.