Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

United Tersungkur Lagi, Tottenham Akhiri Kemarau Tanpa Piala di San Mamés

IDRUS, Husna Najwa
22 May 2025, 10:34 AM

united tersungkur lagi, tottenham akhiri kemarau tanpa piala di san mamés

Foto: Instagram 

Malam bersejarah di San Mames, Bilbao menjadi saksi kebangkitan Tottenham Hotspur. Selepas 17 tahun menanti, Spurs akhirnya menjulang trofi Eropah dengan menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawanan akhir Liga Europa. 

Gol kemenangan yang membawa Spurs ke puncak kejayaan dijaringkan oleh Brennan Johnson di penghujung babak pertama. Hantaran silang Pape Matar Sarr yang terbias kaki Luke Shaw mengelirukan penjaga gol United, Andre Onana, dan meluncur masuk ke gawang. Detik itu menjadi detik keramat yang mengakhiri penantian hampir dua dekad tanpa trofi. 

Lebih dari sekadar kemenangan, kejayaan ini juga menghadiahkan Spurs kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan serta pulangan kewangan sekitar £100 juta, suntikan besar buat kelab dari London Utara itu. 

Manchester United tidak menyerah mudah. Mereka melancarkan beberapa serangan berbahaya di babak kedua, namun ketangkasan penjaga gol Guglielmo Vicario menyelamatkan Spurs daripada dikecewakan. Aksinya yang menafikan tandukan Luke Shaw di saat-saat akhir menjadi antara detik paling penting dalam perlawanan. 

United pula menamatkan musim ini dalam kehampaan. Kekalahan di final ini menambahkan tekanan kepada pengurus Ruben Amorim, dan menandakan musim paling buruk mereka sejak 1973/74, termasuk kegagalan untuk layak ke sebarang kejohanan Eropah buat kali kedua sejak 1990. 

united tersungkur lagi, tottenham akhiri kemarau tanpa piala di san mamés

Foto: Instagram 

Brennan Johnson yang menjaringkan gol tunggal perlawanan tampil sebagai wira. Dalam temubual sejurus tamat perlawanan, pemain muda itu tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan terharu. 

"Saya sangat gembira. Ini adalah impian yang jadi kenyataan. Sejak saya tiba, orang berkata Spurs pasukan bagus tapi tak pernah menang trofi dan malam ini, kami membuktikan sebaliknya," ujar Johnson. 

Walaupun golnya kelihatan sedikit bernasib baik, Johnson menegaskan bahawa apa yang penting adalah hasilnya. "Mungkin gol itu tak cantik, tapi kami tak kisah. Apa yang penting, trofi ini milik kami." 

united tersungkur lagi, tottenham akhiri kemarau tanpa piala di san mamés

Foto: Instagram

Trofi ini merupakan trofi pertama buat pengurus Ange Postecoglou sejak mengemudi Spurs. Walaupun masa depannya masih menjadi tanda tanya, kejayaan ini membuktikan keupayaannya membawa perubahan besar. 

Malam di Bilbao akan sentiasa dikenang, bukan hanya kerana satu gol, tetapi kerana ia membawa kembali harga diri, semangat, dan harapan baru buat Tottenham Hotspur. Manchester United? Tamat musim dengan tangan kosong dan masih menyebut tentang sejarah lampau.

Sumber: ESPN 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us