Kementerian Wilayah akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil bermula tahun 2020 selepas pengguna terutama peniaga diberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan produk berasaskan plastik.
“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistirena iaitu peniaga yang didapati melanggar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.
Kredit Kosmo Online.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.