Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Suami Abby Abadi Bongkar Pernah Lempang Aslam - “Saya Dah Bagi Amaran Awal

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Apr 2025, 11:39 AM

suami abby abadi bongkar pernah lempang aslam - “saya dah bagi amaran awalFoto: Instagram

Suami kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria atau Jai, mendedahkan bahawa beliau pernah menegur dan menampar suami kepada anak tirinya, Aslam, sebelum lelaki itu berkahwin secara rahsia dengan Marissa Dania di Thailand.

Perkara itu dikongsikan Jai menerusi satu hantaran di platform Threads. Menurutnya, beliau bertindak demikian selepas mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara Aslam dan Marissa sebelum mereka disatukan dalam satu majlis pernikahan yang tidak dimaklumkan kepada keluarga.

Jai menjelaskan bahawa teguran serta amaran telah diberikan lebih awal, namun tiada perubahan berlaku sehingga keputusan untuk berkahwin tetap dibuat oleh pasangan tersebut.

Walaupun tidak memperincikan insiden tersebut, beliau mengakui bahawa tindakannya dilakukan atas dasar tanggungjawab sebagai bapa tiri.

Dalam hantaran sama, Jai turut meluahkan rasa kecewa terhadap Aslam yang disifatkan tidak pernah memohon maaf atau menunjukkan rasa bersalah terhadap apa yang telah berlaku.

Katanya, sehingga kini, tiada sebarang usaha daripada pihak Aslam untuk tampil bersemuka atau mengakui kesilapan.

Beliau menyatakan bahawa tindakan Aslam yang bersikap seolah-olah tidak melakukan kesalahan amat mengecewakan, apatah lagi perkara tersebut telah memberi kesan besar kepada keluarganya.

Ujarnya, kesan perbuatan itu masih terpahat dalam fikirannya dan sukar untuk dilupakan.

Terdahulu, Aslam telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby Abadi dan menyatakan bahawa keputusan untuk berpoligami adalah demi menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa Dania.

Kontroversi ini timbul sejak Januari lalu selepas Marissa dilaporkan telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan tersebut berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, yang ketika itu sedang menunaikan umrah, serta tanpa makluman kepada keluarga Marissa, termasuk ibu bapanya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us