Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Sebagai Isteri, Kita Kena Dapat Reda Dia..” - Suami Linda Rafar Tidak Izinkan Kembali Bersama Elite?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Jun 2025, 10:27 AM

“sebagai isteri, kita kena dapat reda dia..” - suami linda rafar tidak izinkan kembali bersama elite?Foto: Instagram

Desas desus melibatkan penyanyi kumpulan wanita lagenda, Elite yang bakal mengadakan konsert solo akhirnya terjawab apabila kumpulan itu mengesahkan bahawa mereka bakal mengegarkan Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 20 September depan.

Di sebalik perkongsian gembira itu, salah seorang ahli iaitu Azlinda binti Abdul Rafar atau lebih dikenali sebagai Linda Rafar menjelaskan bahawa proses untuk mengumpulkan semula ahli asal kumpulan itu bukanlah mudah.

Malah, dia turut membuka ‘rahsia’ bahawa suaminya yang merupakan seorang pelakon, Syed Aiman pada awalnya tidak memberi keizinan untuknya tampil bersama Elite semula.

“Memang suami saya tak bagi untuk kembali bersama dengan Elite dan saya sendiri tidak tahu kenapa.

“Tapi, saya cuba meyakinkan dia bahawa inilah peluang untuk saya bersama semula dengan kawan-kawan,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Konsert Elite  Live ‘25, semalam.

Menurutnya, sebagai seorang isteri, dia harus meminta keizinan dan reda suami bagi mengelakkan masalah-masalah lain berlaku.

“Lama juga dia fikir, namun setelah lama memujuk akhirnya dia bersetuju. Namun, saya perlu mengikut syarat-syarat yang telah dia tetapkan,” ujar Linda.

Bagaimanapun, Linda tidak menidakkan bahawa Aiman berkemungkinan risau bahawa dirinya akan kembali sibuk dengan karier ini sehingga mengabaikan komitmennya sebagai seorang isteri.

Namun begitu, Linda berjanji bahawa perkara sebegitu tidak akan terjadi dan berharap agar Elite dapat lakukan yang terbaik memandangkan kumpulan itu telah sekian lama ‘menyepi’ dengan kehidupan peribadi.

Sekadar info, harga tiket bermula RM268 bagi kategori Tamparan Wanita dan Catwalk, RM588 (Manisnya Senyumanmu) dan RM1088 (GIG).

Tiket konsert Elite Live’25 bakal mula dijual bermula Khamis depan pada pukul 2 petang menerusi www.ticket2u.com.my/elite.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us