Kajian dijalankan keatas 176 kanak-kanak, berusia 5 hingga 12 tahun, menunjukkan mereka lebih senang bangun jika terdengar suara ibu sendiri, berbanding dengan bunyi penggera keselamatan.
Dr. Mark Splaingard yang merupakan salah seorang ahli dalam kajian ini berkata kanak-kanak secara semulajadi amat susah untuk bangun daripada tidur berbanding dengan orang dewasa.
Kajian tersebut yang diterbitkan dalam Journal of Pediarics, dijalankan dengan menggunakan tiga suara berbeza, termasuk suara ibu kepada kanak-kanak ini. Tambah lagi, kajian menunjukkan ibu tidak perlu pun memanggil nama penuh anak untuk mengejutkan mereka, cukup sekadar bunyi suara sudah memadai.
Penyelidikan ini dijalankan oleh Centre for Injury Research and Policy and the Sleep Disorders di Hospital Kanak-kanak Nationwide di Columbus.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.