Suhu sejuk yang dialami negara pada ketika ini disifatkan sebagai suatu keadaan biasa dan bukan luar biasa.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon menjelaskan, cuaca di sesetengah lokasi boleh mencapai sehingga suhu 20 darjah Celsius pada satu-satu masa.

Suhu paling sejuk pernah dicatatkan semasa Monsun Timur Laut ialah pada kadar 15.7 darjah Celsius di Kuala Krai, Kelantan pada tahun 2015.
"Biasanya musim suhu yang terendah di negara kita adalah sekitar awal bulan Februari terutamanya di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung. Biasanya boleh mencapai sampai 20 darjah Celsius.
"Kalau kita ingat tahun 2014, 2015 dulu kita pecah rekod sehingga 15.7 di Kuala Krai. Jadi suhu ini adalah suhu yang biasa sahaja setiap tahun bukannya luar biasa, cuma mungkin sebab sebelum ini cuaca agak panas, jadi hujan dan mendung ini sebabkan suhu turun sedikit disamping angin sejuk itu," katanya kepada Astro AWANI.

Tambahnya lagi, keadaan cuaca sejuk ketika ini disebabkan coach hujan yang berterusan, cuaca mendung dan angin sejuk daripada utara negara Asia ataupun dari kutub.
"Masa ini memanglah suhu sedikit rendah berbanding biasa. Namun kalau tidak ada hujan biasanya keadaan biasa sahaja. Suhu sejuk ini berlaku sebab hujan beberapa hari berlaku dan mendung dan suhu turun.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.