Sejak kebelakangan ni, sukan berbasikal sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Tak kira hari minggu ataupun hujung minggu, mesti akan nampak orang mengayuh basikal. Bagus lah tu!
Sukan berbasikal sememangnya baik untuk kesihatan, ia juga mampu menambahkan stamina dan kekuatan otot terutamanya di bahagian kaki, betis dan peha. Tapi jika tidak kena gayanya, berbasikal ini boleh memudaratkan.
Menurut laman sosial Facebook Public Health Malaysia, ia mengatakan sukan berbasikal boleh menyebabkan kecedaraan saraf dan salur darah berhubung di bahagian kemaluan zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang.
Tapi apa penyebab kecederaan ini boleh berlaku?
- Kebas di bahagian celah peha atau kemaluan. Pernah tak anda mengalami masalah kebas bila duduk lama di basikal atau motor? Jika ya, ianya mungkin masalah pada tempat duduk.
- Kalau kita duduk di kerusi biasa, berat kita disebarkan pada kedua-dua punggung dan kerusi tidak akan menekan pada bahagian tengah punggung, yang dikenali sebagai perineum.
- Namun pada sesetengah basikal atau motor, tempat duduknya menirus dan memberikan tekanan pada bahagian perineum.
- Di bahagian inilah terletaknya saraf dan salur darah berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang.
Jangan risau! Perkara ini boleh dielakkan jika anda mengikuti tips ini!
- Pastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
- Pastikan tempat duduk selaras dengan ketinggian.
- Elakkan badan ke hadapan semasa berbasikal.
- Pilih padding yang lembut.
- Jangan sesekali menghala tempat duduk ke atas.
- Pilih tempat duduk yang lebar.
Jadi kalau basikal anda mengikuti kriteria ini, tak perlu risau! Boleh teruskan aktiviti mengayuh basikal ini. Tapi pastikan keselamatan anda ketika mengayuh bagi mengelak risiko kecederaan dan kemalangan. Semoga bermanfaat info ini!
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.