Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

"Sukanya Bau Baby" Doktor Kongsikan Sebab Ramai Suka Bau Bayi

Ada sebab tau kenapa kita suka bau bayi
Aimi Amira Nordin
03 Mar 2022, 07:00 AM

Bau bayi adalah bau yang sangat sedap dihidu. Bau yang menenangkan dan buatkan kita gembira. Bukan sahaja buat para ibu tetapi jururawat, doktor dan orang lain. 

Doktor @DrRedzaZainol, berkongsi beberapa sebab kenapa kita suka hidu bau bayi. 

Menurut Dr Redza Zainol, apabila wanita terutamanya ibu menghidu kepala bayi, neuro hormon bernama dopamine akan dirembes dari beberapa bahagian otak. Dopamine ialah hormon yang membuatkan kita rasa bagus dan seronok. Dopamine juga terhasil apabila kita bermain video game, makan sedap-sedap dan ketika leka bermain gajet.

Maksudnya, setiap kali menghidu bayi, ibu akan mendapat hadiah dalam bentuk dopamine. Makin banyak dopamine terhasil, makin seronok ibu tu rasa.

Bayi yang lahir semuanya tak mampu untuk bertutur. Jadi ada dua cara sahaja untuk mereka meminta perlindungan dari ibu dan ayah mereka. Pertama, dengan cara menangis dan yang kedua adalah dengan mengeluarkan bau badan yang buat ibu ayah rasa gembira.

Sebab tu penat macam mana pun, seorang ibu itu akan tetap mendukung bayinya. Bila ibu belai, cium dan dukung bayi, paras hormon oxytocin ibu dan bayi pula meningkat. Oxytocin ni hormon bahagia. Sebab tu lagi banyak kita peluk dan sentuh anak, kita rasa lagi bahagia.

Boleh ikuti @DrRedzaZainol di Twitter untuk dapatkan banyak lagi tips buat ibu bapa dalam penjagaan anak. Semoga bermanfaat!

Sumber : Twitter @DrRedzaZainol

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us