Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dan mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Malah, ia juga untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan bantuan daripada kerajaan tersebut.
“Saya telah beritahu kepada Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan STR Fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan.
“Insya-Allah awal April iaitu dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, kita akan keluarkan STR Fasa 2,” katanya.
Tambahnya, beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah penambahbaikan kepada STR berbanding bantuan diberikan sebelum ini.
Sebanyak 320,103 permohonan baru STR diterima setakat 13 Mac lalu dan mereka yang layak diminta supaya membuat permohonan.
“Saya sebut yang telah peroleh STR seramai 8.7 juta rakyat berjumlah RM8 bilion dan ada permohonan baru,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.