Baru-baru ini, pemain Selangor FC Faisal Halim cedera di bahu, badan dan muka akibat disimbah asid ketika di pusat membeli-belah di Damansara, Selangor.

Pihak polis dilaporkan telah menahan seorang lelaki semalam untuk siasatan kes simbah asid tersebut dan dia direman selama dua hari.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya telah berjaya berkas suspek di Pandan Indah, Ampang.
Tambahnya, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah direman dua hari bermula hari ini sehingga esok untuk siasatan lanjut.
“Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.
“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.