Ada orang bangun pagi je, mesti akan mencari secawan kopi terlebih dahulu. Supaya mata lebih segar dan diri lebih bertenaga.
Tapi! Ada orang yang tak boleh minum kopi, jadi ada ke minuman lain yang boleh menyegarkan tubuh badan pada waktu pagi. Sememangnya ada!
1. Teh hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding kopi namun ia mempunyai nootropic seperti L-theanine dan epigallocatechin gallate (EGCG).
Ada kajian yang menunjukkan L-theanine dapat memicu ketenangan dan kombinasi kafein juga dapat meningkatkan kesedaraan serta fokus, perhatian dan memori seseorang.
2. Jus oren
Ada berasa pelik kenapa minum jus oren pada waktu pagi, apa kebaikannya? Okay, jus oren sepertimana kita tahu ia kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan tumpuan, memori dan kemampuan berkomunikasi dengan lebih baik.
Namun, jus oren mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Gula tambahan yang dicampurkan boleh memicu penyakit seperti diabetes, masalah jantung bahkan obesiti. Lebih baik beli jus oren tanpa gula ataupun buat sendiri jus oren di rumah. Lebih sihat!
3. Jus beri biru
Beri biru atau bahasa orang putihnya, blueberries kaya dengan polifenol yang dapat tiingkatkan fungsi otak melalui kandungan antioksidannya iaitu antosianin.
Ada beberapa kajian yang menyatakan jus blueberry dapat meningkatkan memori jangka pendek dan jangka panjang.
4. Susu kunyit
Baiklah, mungkin bunyi pelik dan tidak menyelerakan. Tapi, kunyit mengandungi kurkumin yang dapat meningkatkan penghasilan neurotropik daripada otak yang mampu mencegah gangguan mental dan neurologi.
Susu kunyit ini baik untuk meningkatkan fungsi dan kecerdasan otak. Bahkan, minuman ini amat popular di India. Kalau nak sedap boleh tambah madu dan kulit kayu manis, lebih sedap diminum suam.
5. Kefir (Susu fermantasi)
Kefir adalah minuman fermentasi yang mengandungi probiotik yang diperbuat daripada susu. Kefir diketahui dapat membantu fungsi otak dengan mendorong pertumbuhan bakteria sihat pada usus.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.