
Perkongsian dari Puan Hanaeza Aez bagaimana mahu menghasilkan susu pekat homemade.
Susu Pekat pun boleh buat sendiri tau. At least kita tau dalam tu memang susu sebenar.
Guna 3 bahan je:
SUSU SEGAR- 6 cawan
GULA (Organic Raw Cane Sugar)- 2 cawan
MINYAK ZAITUN- 2 sudu besar
Macam mana nak buat?
-Masukkan Susu Segar ngan Gula dalam periuk. Masak guna api kecik sampai Gula larut.
-Besarkan sikit api, kacau sampai jadi pekat. Masa ni memang kena fokus sekejap la. Dalam 15-20 minit.
-Tutup api.
-Teruskan kacau, masukkan Minyak Zaitun. Sambung kacau sekejap.
-Siap. Sejukkan.
Susu Pekat ni, bila sejuk dia makin pekat. So, masa nak anggar kepekatan tu make sure jangan pekat sangat. Agak-agak je.
Sebenarnya ni bukan first time buat Susu Pekat. Tapi sebelum ni tak berapa real kejadiannya. Kiranya yang ni la paling real, guna resipi Puan Ainini Zainal.
Yang pasti, walaupun homemade kita buat bukan untuk minum selalu tau. Gula tetap gula.
#SusuPekatHomemade
Sumber dari Facebook Hanaeza Aez
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.