Musim buah yang semua rakyat Malaysia tunggu sudahpun tiba! Musim durian! Memandangkan kerajaan sudah pun membenarkan rami orang merentas negeri, misi memburu durian yang terbaik bermula!
Tapi kena ingat, makan durian ini ada pantang larangnya dan ada makanan yang tak boleh makan bersama durian.
1. Coca-Cola
Air berkarbonat mengandungi kafein, apabila bergabung dengan durian yang mengandungi potassium, ia boleh mendatangkan kemudaratan pada jantung anda.
2. Kopi
Kandungan kafein aktif dalam kopi menyebabkan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan manusia lebih panas.
3. Susu
Durian dan susu mengandungi sulfur, jika dimakan bersama tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat. Tubuh badan anda tidak mampu berfungi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.
4. Terung
Terung boleh menaikkan suhu badan manusia apabila dimakan bersama durian dan kesannya adalah sama seperti kopi.
5. Ketam
Ketam mengandungi kolestrol yang tinggi, durian pula mengandungi karbohidrat serta lemak tinggi. Jika seseorang itu mempunyai kolestrol tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan kesihatan.
6. Daging lembu dan daging kambing
Dua makanan ini akan memberi kesan panas pada suhu badan dan sebaiknya dinasihatkan tidak dimakan dalam waktu berdekatan dengan durian.
Kombinasi ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.