Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan keputusan ujian Covid-19 kini tidak perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi.

eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.
Malah, mereka juga memaklumkan perkara itu telah berkuat kuasa bermula 15 Julai lalu.
Menurut KKM, pihaknya memaklumkan ujian pengesahan bagi Covid-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).
“Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan,” katanya.
Garis Panduan Pengurusan Covid-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.