Global Ikhwan Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tampil memberikan kenyataan berhubung tuduhan bahawa ada penghuni rumah amal kendalian syarikat itu menjadi mangsa liwat dan dipaksa meliwat penghuni lain.
Malah, pihaknya menafikan tentang tuduhan tersebut dan menegaskan rumah amal tersebut bukan dibawah kendalian pihaknya malah bukan menjadi dasar syarikat itu untuk merancang dan melaksanakan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara.
Tambahnya, GISBH sentiasa berusaha memastikan ‘Islam Sebagai Cara Hidup’ diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan.
“Laporan polis akan dibuat agar siasatan dilakukan dan pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan.
“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang sengaja berniat jahat untuk mencemarkan nama baik GISBH,” katanya.
Tindakan serbu ke rumah amal itu boleh menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat sekaligus mewujudkan persepsi negatif terhadap syarikat itu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.