Seorang penuntut wanita sebuah universiti kesal dengan perangai dan perbuatan rakan sebilik yang didakwa pengotor kerana tidak pandai menjaga kebersihan bilik.

Menurut perkongsian video di laman TikTok, Ziela memaparkan bilik yang didiami mereka bersama dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.
“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roomate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Tiada perubahan,” katanya.
Tambahnya, dia tidak tahu masalah yang rakan sebiliknya hadapi dan melihatnya dia tidak mempunyai tekanan sehingga tidak mahu mengemas bilik mereka.
“Dia bukannya ‘stres’ belajar, balik pun hadap telefon juga. Ada saja masa dia nak mengemas, cuma diri sendiri yang malas, penat tegur tetap tak jalan,” katanya.
Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap perbuatan rakan sebiliknya itu dan berharap ada solusi antara mereka berdua.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.