Baru-baru ini, sekumpulan individu mendapat perhtian di media sosial apabila mereka bertindak ‘berkelah’ di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Video berdurasi satu minit dua saat itu jelas memaparkan beberapa individu santai melepak di stesen minyak tersebut sambil memasak mi segera.
Pelbagai reaksi dan komen warganet terhadap tindakan mereka itu yang disifatkan tidak hormat dengan persekitaran dan keselamatan.
Malah, video itu juga menunjukkan sebuah kereta peronda memasuki stesen berkenaan berikutan terdapat ramai individu berkumpul di stesen minyak tersebut.
“Suka hati je masak mi segera, bahaya tau dekat stesen minyak sebelah tu,” kata seorang warganet.
“Siapa punya idea nak ‘healing’ siap bawa dapur api pula tu?,” komen seorang warganet.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.