
Di sebalik wajah ceria dan riang penyanyi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil, namun dia mempunyai pengalaman buruk dalam episod rumahtangganya. Kerana lagu Tak Tun Tuang, Upiak telah diceraikan oleh suaminya.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai dua tahun selepas itu. Keluarga bekas suami kurang menggemari saya.
“Selepas saya menghasilkan lagu 'Tak Tun Tuang', keadaan menjadi semakin tegang. Keluarga bekas suami menuduh saya gila dan kurang siuman kerana muncul dengan lagu dan konsep ‘gila-gila’ seperti itu.
“Akhirnya, bekas suami menceraikan saya dan tidak lama selepas itu, saya mendengar berita dia berkahwin dengah orang lain,” kata Upiak.
Dia bersyukur kerana segala pahit getir yang pernah dilaluinya mempunyai hikmah tersendiri.
“Saya menangis selama tiga hari mengenangkan nasib ditinggalkan suami. Ketika itu, saya berdoa kepada Allah agar tunjukkan keajaiban kepada saya.
“Siapa sangka, lagu Tak Tun Tuang yang orang anggap sebagai lagu kurang siuman menjadi viral. Biarpun hampir tiga tahun berlalu, secara tidak sengaja, lagu ini meraih populariti di Malaysia, Thailand dan beberapa negara lagi.
“Saya anggap ini sebagai rezeki dan saya mahu berusaha dengan lebih kuat untuk mengukuhkan nama saya,” katanya yang ditemui sewaktu sesi promosi lagu Tak Tun Tuang di Hotel Royal, baru-baru ini.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.