Memang tak boleh dinafikan lagi dah, lagu Didi & Friends memang sangat ceria dan menggembirakan.
Lagi-lagi lagu yang berjudul Mengantuknya Mumia yang pernah tular tahun lepas sehingga mendapat 70 juta tontonan di Youtube.
Dan memang tak mengecewakan! Lagu baru Didi & Friends berjudul Takkan Tak Tahu yang berduet bersama juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi turut mendapat sambutan yang meriah.
![lagu didi & friends ‘takkan tak tahu’ bersama sarah suhairi dapat hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/screen-shot-2020-07-02-at-3-48-50-pm.png)
Lagu Takkan Tak Tahu, bercerita mengenai pencemaran alam sekitar yang bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Dalam masa seminggu, lagu tersebut telah tular dan mendapat hampir 3 juta tontonan di YouTube! Dalam muzik video itu, Sarah Suhairi juga menjadi satu karakter animasi iaitu seekor anak kuda.
![lagu didi & friends ‘takkan tak tahu’ bersama sarah suhairi dapat hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/41593666964_freesize.jpg)
Selain itu, lagu Takkan Tak Tahu turut dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk Even I Know That dan diputarkan sebanyak 180 kali di saluran radio Hitz selama lapan hari.
Muzik video Even I Know That, juga memaparkan Hitz Morning Crew, Ean dan Arnold bersama Sarah Suhari yang turut menjadi karakter animasi.
![lagu didi & friends ‘takkan tak tahu’ bersama sarah suhairi dapat hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/sarah_1.jpg)
Lagu dan lirik lagu ini telah ditulis oleh Mia Palencia yang pernah muncul sebagai penulis lagu serta penyanyi untuk pembukaan Sukan SEA 2017.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.