Dah zaman moden ini, ada pelbagai taktik yang dilakukan oleh ‘scammers’ dalam memperdayakan khalayak ramai.
Baru-baru ini, terbongkar lagi satu taktik yang dikatakan berupaya meniru suara rakan dan keluarga untuk memperdayakan mangsa bagi meminjam duit.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.
Menurut beliau, selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka.
"Penjenayah akan memberikan nombor akaun yang bukan milik 'rakan' atau 'ahli keluarga' mangsa bagi tujuan mendapatkan wang yang ingin dipinjam itu," katanya.
Kata beliau lagi, mangsa kemudian mula sedar ditipu apabila menghubungi rakan atau ahli keluarganya itu dengan nombor asal dan mendapati sebenarnya tiada permintaan pinjaman wang dibuat.
"Sehingga kini sebanyak 20 kertas siasatan dibuka membabitkan penjenayah menggunakan modus operandi penyamaran.
“Kerugian dianggarkan sebanyak RM250,000," katanya.
Tambah Nik Ezanee berkata, sebanyak 78 laporan diterima membabitkan kerugian hampir RM7 juta berkaitan jenayah siber dan multimedia dari Januari sehingga hari ini.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.