Foto: Facebook
Rasa takut dimarahi pegawai atasan dipercayai menjadi punca seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu memilih untuk bersembunyi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kondominium di Ampang Jaya kira-kira jam 1 tengah hari semalam.
Menurut beliau, anggota terbabit dijumpai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sebuah unit kediaman milik seorang wanita dipercayai teman wanitanya.
“Siasatan awal mendapati Muhammad Ammar menghilangkan diri kerana bimbang dimarahi pegawai selepas terlibat dalam satu kes langgar lari sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, kehilangan Muhammad Ammar sejak 23 Ogos menimbulkan tanda tanya selepas dia dilaporkan tidak pulang ke kem dan gagal dihubungi keluarga serta rakan-rakan. Dia kali terakhir dilihat mandi-manda di Sungai Kedondong sebelum memandu Proton Satria biru pada 24 Ogos.
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.