Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi tumpuan orang ramai di Kuala Lumpur untuk beriadah dan berehat, telah ditutup sehingga tahun 2019.

Ini adalah bagi memberi ruang untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan tasik menerusi projek River of Life (RoL) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 14 Mei lalu, sebahagian daripada kawasan tasik telah pun ditutup bagi kerja-kerja pembinaan, dan kini tasik berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi meneruskan projek berikutnya.
Sebagai alternatif, Perdana Botanical Garden, KLCC Park, The Central Park di Desa Park City dan Kepong Metropolitan Park boleh juga dilawati.
Sumber: Twitter @Lanbingka // New Straits Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.