Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat Dan Subur!

Jika tak buang tunas air, ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili.
Editor
28 Apr 2021, 07:00 AM

Ramai orang suka tanam pokok cili. Tak kiralah kalau hanya suka-suka nak tanam cili, tapi kenalah tahu serba sedikit info penanaman agar pokok cili dapat hidup subur dan berbuah dengan lebat sekali.

kalau tanam pokok cili pastikan buang tunas air supaya cili lebat dan subur!

Selain daripada rutin menyiram dan membaja, ada satu perkara mungkin ramai tidak tahu, kalau nak pokok cili berbuah lebat kena membuang tunas air. 

Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.

Apa itu tunas air?

Tunas air ini adalah dahan kecil yang tumbuh melalui celahan daun dari paras pecahnya dahan anak pokok hingga ke pangkal pokok.

Bila nak buang tunas air?

Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2-3 minggu.

Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili. Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.

Kalau ada dan besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama).

kalau tanam pokok cili pastikan buang tunas air supaya cili lebat dan subur!

Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?

Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.

Banyak nutrien yang ada pada baja akan digunakan oleh tunas-tunas air ini. Berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah cili.

Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan. 

kalau tanam pokok cili pastikan buang tunas air supaya cili lebat dan subur!

Boleh ke kita simpan buah cili pada tunas air?

Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bent buah selalunya abnormal.

Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?

Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.

Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.

Semoga info ini semua bermanfaat!

Sumber: Keluarga

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us