Jangan keliru dengan gejala burnout kerana ia amat berbeza. Tiada rehat yang mencukupi untuk merawat persekitaran tempat kerja yang bertoksik.
Persekitaran yang bertoksik berpunca dari sikap rakan sekerja, orang atasan, bebanan tugas dan mungkin juga berpunca dari ia tidak bersesuaian dengan minat dan skill anda.
Apabila minda semakin dibebani, tubuh badan akan memberi respon dengan mengalami pelbagai gejala yang tidak dapat dijelaskan seperti sering sakit kepala, berdebar debar, sesak nafas, berpeluh peluh, sakit pedih ulu hati dan sebagainya.
Memetik perkongsian Public Health Malaysia, ini ada tanda-tanda tempat bekerja bertoksik.
1. Sukar untuk merasai emosi positif di tempat kerja
2. Mula rasa resah pada malam Ahad
3. Sering sakit kepala
4. Selalu berfikir untuk bersara segera
5. Alami masalah tidur pada waktu hari bekerja
6. Sering jatuh sakit dan tidak sihat
7. Anda tidak menyukai diri anda sendiri apabila berada di tempat kerja
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.