Seorang remaja istimewa diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2.Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM.
Anak sulung daripada empat beradik ini mengatakan dia mahu menjadi contoh dan kebanggaan kedua orang tuanya dan tidak mahu menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk tidak mengejar cita - cita.
“Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.
“Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,”
“Saya juga teruja selepas menerima keputusannya, memandangkan dia mendapat B bagi mata pelajaran Sains Rumah Tangga ketika peperiksaan percubaan lalu,”
Kredit GPS Bestari.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.