Selaras dengan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini 13 Januari sehingga 26 Januari 2020.
Dimaklumkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan beroperasi.
Gambar sekadar hiasanNamun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, semua pengusaha TASKA perlu memaklumkan kepada pihak JKM mengenai rancangan untuk beroperasi.
Dalam pada itu, Pengusaha TASKA di premis kerajaan (Persekutuan atau Negeri) pula perlu dapatkan kebenaran daripada Kementerian atau Agensi berkaitan terlebih dahulu.
Justeru, setiap TASKA diwajibkan untuk mematuhi Garis Panduan Pencegahan Penularan COVID-19 yang telah diterbitkan oleh KPWKM dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pihak kementerian juga akan meningkatkan pemantauan terhadap kesemua TASKA berdaftar yang beroperasi sepanjang tempoh PKP ini untuk memastikan TASKA tersebut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
TASKA yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP,...
Posted by Astro Radio News on Tuesday, January 12, 2021
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.