Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

[VIDEO] Siapa Sangka Super Taufan Ragasa Hadiahkan ‘Seafood Buffet’ di Tengah Bandar Macao

IDRUS, Husna Najwa
25 Sep 2025, 03:48 PM

[video] siapa sangka super taufan ragasa hadiahkan ‘seafood buffet’ di tengah bandar macao

Foto: Tiktok

Super Taufan Ragasa, yang digelar sebagai ribut tropika terkuat dunia tahun ini, telah membadai Hong Kong dan selatan China pada Rabu dengan hujan lebat serta tiupan angin kencang. Bencana itu memaksa lebih dua juta penduduk dipindahkan selepas paras air laut di kawasan pantai Hong Kong melonjak melebihi tiga meter daripada paras rujukan.

Namun, di sebalik kemusnahan yang berlaku, suasana luar biasa sempat mencuri perhatian dunia. Di Macau, sebuah video yang dikongsi Shanghai Daily menjadi tular apabila memaparkan penduduk turun ke jalan raya yang ditenggelami air sambil menangkap ikan menggunakan jaring, beg malah inkubator. Ada yang mengisi hasil tangkapan ke dalam bakul basikal dan tidak kurang juga yang berswafoto bersama hasil laut percuma itu.

 

 

“Selepas TyphoonRagasa, air laut banjiri jalan di Macau kini penduduk wading masuk dan menangkap ikan seolah-olah ia sebuah kolam gergasi,” tulis Shanghai Daily di platform media sosial. Video tersebut meraih hampir 200,000 tontonan dengan pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

[video] siapa sangka super taufan ragasa hadiahkan ‘seafood buffet’ di tengah bandar macao

Foto: Tiktok

Walaupun gelagat itu kelihatan menghiburkan, pakar mengingatkan bahawa fenomena taufan sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Benjamin Horton, dekan School of Energy and Environment di City University of Hong Kong, menjelaskan:

“Taufan wujud di Bumi untuk menyebarkan haba. Semakin panas lautan, semakin banyak ribut tropika terbentuk bagi mengurangkan haba itu. Jika suhu lautan meningkat, taufan akan jadi lebih besar dan kuat.”

Super Taufan Ragasa menjadi bukti nyata bagaimana perubahan iklim boleh membawa kesan dahsyat. Namun, di Macau, ia juga mencipta detik pelik jalan raya bertukar menjadi “bufet makanan laut percuma” yang membuatkan dunia terhibur seketika di tengah-tengah musibah.

Sumber: Shanghai Daily

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us