“Budi Bahasa Budaya Kita”. Seringkali laungan slogan ini bermain di bibir rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, sejauh manakah kita mempraktikkan intipati frasa tersebut di dalam rutin harian kita? Mesej ini perlu dipupuk terutama di dalam jiwa anak-anak kecil supaya menjadi sebati dalam diri mereka.
Baru-baru ini, inisiatif seorang guru murid tahun 2 menjadi tumpuan netizen. Seperti perkongsian individu di bawah di dalam laman sosial Twitternya, guru tersebut memberikan step-by-step bagaimana cara yang betul untuk memohon kemaafan daripada seseorang.

Tatacaranya adalah seperti berikut:
Langkah Pertama: “Saya meminta maaf kerana….”
Langkah Kedua: “Perbuatan saya salah kerana….”
Langkah Ketiga: “Lain kali, saya akan....”
Langkah Keempat: “Adakah apa-apa yang saya boleh buat untuk menebus kembali kesalahan saya?”



Memang betullah anak-anak kecil ini suci hatinya. Contoh latihan bertulis murid Tahun 2 Dedikasi ini menambat hati para netizen.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.