Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tengok TV Secara Berlebihan Boleh Membawa Kesan Negatif Pada Kanak-Kanak

Kanak-kanak akan mengalami masalah lambat bercakap (delayed speech) jika didedahkan kepada TV terlampau banyak.
Editor
28 Oct 2020, 07:00 AM

Televisyen merupakan antara peralatan rumah yang dikategorikan sebagai pelengkap, meskipun kini ramai yang sudah tidak lagi mempunyai masa untuk menontonnya.

Pun begitu, kanak-kanak sering menghabiskan masa seharian menonton rancangan mereka di kaca televisyen dan ini merupakan satu perkara yang buruk buat tumbesaran mereka.

risiko lambat bercakap, awas kesan buruk tv pada anak kecil

Menurut Doktor Ahmad Luqman Bukhari, terdapat banyak risiko dan kesan buruk kepada anak-anak sekiranya mereka didedahkan dengan televisyen pada usia yang masih muda.

Antaranya, kanak-kanak akan mengalami masalah lambat bercakap (delayed speech), masalah tingkahlaku dan juga ketinggalan dalam pelajaran berbanding kawan-kawan sebaya suatu hari nanti.

Kajian yang dilakukan oleh Dr Linda S. Pagani dari Universities of Montreal melibatkan 1,300 kanak-kanak menunjukkan majoriti anak kecil yang menonton televisyen menunjukkan prestasi yang lebih rendah di sekolah berbanding mereka yang kurang menonton televisyen.

Menurutnya lagi, ransangan visual dan pendengaran yang diberikan kepada anak berusia bawah 18 bulan secara berlebihan apabila menonton TV adalah tidak baik dan menyebabkan otak anak kecil itu lambat berkembang.

risiko lambat bercakap, awas kesan buruk tv pada anak kecil

Lebih merisaukan lagi, tanpa pengawasan daripada ibu bapa dan penjaga, anak kecil akan mudah meniru aksi tidak baik yang ditunjukkan menerusi TV, meskipun ia sekadar rancangan kartun kerana mereka masih belum boleh membezakan antara fantasi dan juga realiti.

Berikut pula adalah antara garis panduan yang ditetapkan oleh American Academy of Pediatrics berkenaan pendedahan TV kepada anak-anak kecil:

1. Tak digalakkan langsung untuk dedahkan si kecil bawah umur 2 tahun pada tv (screen-free).

2. Untuk anak yang dah besar sikit, boleh bagi tengok tv tapi paling lama pun cuma 1 jam je sehari. Itu pun digalakkan untuk mak ayah review dulu content cerita tu dan duduk bersama masa menonton supaya tak ada pengaruh buruk yang meresap masuk ke minda anak kita.

3. JANGAN letak TV di bilik tidur anak atau biarkan anak menonton tv sampai tertidur.

Walaupun dia dah tak tengok tv tu bila tertidur, tapi bunyi dari TV tu sendiri akan ganggu tidur dan kemudian kacau perkembangan anak-anak kita tu.

4. Paling bagus sebenarnya kita alihkan perhatian si kecil tu pada aktiviti bermain berbanding beri dia tengok tv sebab aktiviti bermain tu jauh lebih baik untuk perkembangan minda dan fizikal si comel kita tu.

Baca penjelasan penuh di laman Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }