Seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) mencari rezeki dengan berniaga air botol mendapat perhatian orang ramai

Menurut perkongsian video di laman TikTok @Truelynogorisembilan, remaja yang dikenali sebagai Aniq Fitri itu sentiasa ceria sepanjang perbualan walaupun sukar bertutur dengan jelas.
Pemuda itu dilihat sedang menjual air berkenaan di atas sebuah motor yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seremban.
Rata-rata orang ramai menyatakan kekaguman terhadap pemuda OKU itu yang terus kuat mencari rezeki biarpun kudrat tidak seperti manusia biasa.
“Kenapa air mata mengalir ni. Tak boleh tengok macam ni. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah, Aniq,” kata seorang pengguna TikTok.
“Alahai, bagusnya tengok awak ni! Semoga dipermudah urusan” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.