
Ikuti petua dari lelaki ini untuk menghilangkan parut pada wajah dengan menggunakan kulit pisang.
UNTUK YANG MUKA BERPARUT ! ni tip utk hampa
Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.
Resultnya Rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahannya.
Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-Bahan
Kulit pisang
Cara Pengunaan
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Good Luck



Sumber dari Facebook Nauf Safuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.