Tercekik makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek.
Sekiranya terjadi kepada anda dan anda berseorangan ketika itu, ada beberapa tindakan yang anda boleh lakukan menurut Dr Khairul Hafidz.
1. Letakkan penumbuk sedikit di atas pusat.
2. Pegang penumbuk sebelah tangan dan bengkok diri ke atas permukaan yang keras (contoh kerusi).
3. Tolak penumbuk ke dalam dan ke atas.
Dr Khairul juga ada berkongsi tips untuk membantu mereka yang tercekik.
Heimlish maneuver. Caranya adalah :
1. Berdiri di belakang orang itu. Letakkan satu kaki sedikit di hadapan yang lain untuk keseimbangan. Lingkarkan lengan anda di pinggang. Tundukkan orang itu sedikit ke hadapan.
2. Buat penumbuk dengan sebelah tangan. Letakkannya sedikit di atas pusat orang itu
3. Genggam penumbuk dengan tangan yang lain. Tekan kuat ke dlm perut dgn tujahan yang cepat ke atas; seolah-olah cuba mengangkat orang itu
4. Lakukan 6-10 tujahan perut sehingga sumbatan hilang
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.