Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tiada Lagi Cetakan Wang Kertas Wajah Ratu Elizabeth II?

Wang kertas itu akan mula dicetak tahun depan!
Izwan
21 Dec 2022, 06:00 PM

Baru-baru ini, Bank of England memperkenalkan reka bentuk wang kertas baharu menjelang pengedarannya pada pertengahan 2024.

Malah, wang kertas baharu itu akan memaparkan wajah Raja Charles III di rekaannya.

tiada lagi cetakan wang kertas wajah ratu elizabeth ii?

Memetik laporan Deutsche Presse-Agentur (dpa), potret baginda akan menjadi perubahan tunggal pada reka bentuk wang kertas plastik polimer 5, 10, 20 dan 50 paun sedia ada.

Bahagian hadapan wang kertas akan dihiasi dengan Imej Raja Charles serta dalam tetingkap keselamatan tembus pandang.

Perubahan tersebut tidak menghalang para pengguna untuk menggunakan semua wang kertas plastik sedia ada yang menampilkan Ratu Elizabeth II.

Ia masih diterima sebagai wang sah dan boleh diterima seperti biasa dalam kehidupan biasa.

Selaras dengan panduan daripada keluarga diraja untuk memastikan impak perubahan itu kepada alam sekitar dan kewangan pada tahap minimum, 

Menariknya, cetakan wang kertas baharu akan dikeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak dan apabila perlu menambah wang dalam edaran sahaja.

Menurut Gabenor bank Andrew Bailey, beliau juga menjelaskan wang kertas yang menampilkan Ratu Elizabeth II dan Raja Charles III akan sama-sama berada dalam pasaran.

“Saya amat berbangga bank itu dapat mengeluarkan reka bentuk wang kertas baharu yang memaparkan potret Raja Charles III. Ini merupakan detik penting memandangkan baginda merupakan Raja kedua yang dipaparkan pada wang kertas.

“Orang ramai akan dapat menggunakan wang kertas baharu ini apabila ia mula memasuki edaran pada 2024,” katanya.

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us