Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada lagi subsidi tarif elektrik bagi kediaman yang menggunakan bekalan elektrik yang tinggi pada masa depan.

Menurutnya, kediaman yang dikategorikan sebagai ‘penggunaan elektrik tinggi’ tidak seharusnya menikmati subsidi tarif elektrik disediakan kerajaan.
“Ini bermakna B40 dan M40 masih kekal tiada kenaikan (tarif elektrik), namun kediaman yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran.
“Mereka kena faham, memang benar tiada kenaikan bagi 90 peratus rakyat, namun bagi rumah-rumah yang menggunakan elektrik berlebihan termasuk penggunaan penyaman udara yang banyak (akan ada kenaikan tarif),” katanya.
Malah, Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mekanisme khusus bagi pelaksanaan kadar tarif elektrik berkenaan.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.