Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Selamat Tinggal KL Sentral, Selamat Datang Jambatan Pasar Seni

Jambatan penghubung dua stesen dilihat dapat memudahkan pengguna
Editor
14 Nov 2019, 07:00 AM

Berita baik bagi pengguna pengankutan awam LRT, MRT dan KTM!! Kini jambatan lauan pejalan kaki sepanjang 102m telah dibuka, menghubungkan stesen Pasar Seni (LRT laluan Kelana Jaya, MRT laluan Kajang- Sungai Buloh) dengan stesen KTM Kuala Lumpur. 

selamat tinggal kl sentral, selamat datang jambatan pasar seni

Selepas lebih 2 tahun pembikinan, jambatan tersebut telah dibuka Jumaat lalu.

Pembinaan ini dijangka dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan pengguna, terutamanya bagi mereka yang perlu menukar laluan daripada MRT kepada KTM. Mereka tidak lagi perlu turun di Pasar Seni untuk menaiki tren yang lain (LRT laluan Kelana Jaya) untuk ke KL Sentral, semata-mata untuk menaiki KTM. Laluan pejalan kaki sebelum ini dari Stesen Pasar Seni Ke Stesen KTM Kuala Lumpur juga bukan mudah. Mereka perlu melalui jalan yang jauh melintasi Menara Dayabumi.

Terdapat dua pandangan terhadap gabungan tiga laluan tren ini di dalam satu stesen. Pertama, dari sudut positif, ia dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna tegar pengangkutan awam. Langkah ini dilihat sedikit sebanyak dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam. 

Dari sudut perspektif yang lain, pengintegrasian ini boleh membawa maksud, akan lebih ramai pengguna berlegar di stesen Pasar Seni, terutamanya mereka yang ingin menukar laluan tren. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kesibukan stesen tersebut.

Sebagai peringatan, pastikan anda berada pada keadaan yang selamat ketika berada di stesen yang sibuk, terutamanya ketika waktu kemuncak. Jaga barang-barang berharga anda dengan rapi dan sentiasa rancang perjalanan anda dengan baik. Berikan sedikit masa tambahan sekiranya perjalanan anda melibatkan pertukaran laluan tren.

selamat tinggal kl sentral, selamat datang jambatan pasar seni

Sumber: The Star

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us