Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tiga Beradik Biarkan Labah-Labah Gigit Mereka Dengan Harapan Dapat Berubah Jadi Spider-Man

Mereka mula mengalami simptom dalam tempoh masa beberapa minit selepas digigit.
Editor
29 May 2020, 11:49 AM

Tiga adik-beradik lelaki di Bolivia dimasuki ke hospital selepas membiarkan diri mereka digigit oleh labah-labah Black Widow dengan harapan dapat berubah menjadi watak adiwira, Spider-Man.

tiga beradik biarkan labah-labah gigit mereka dengan harapan dapat berubah jadi spider-man

Ketiga beradik yang berusia, 12, 10 dan 8 dilaporkan menjumpai labah-labah tersebut ketika menggembala kambing di bandar Chayanta di Potosi pada 14 Mei lalu.

Disebabkan pengaruh filem Spider-Man, ketiga-tiga mangsa berharap dapat bertukar diri menjadi karakter adiwira tersebut selepas digigit labah-labah.

Namun, mereka mula mengalami simptom dalam tempoh masa beberapa minit hingga terpaksa dikejarkan ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka.

Disebabkan keadaan mereka yang semakin teruk dengan gejala seperti demam, berpeluh dan sakit otot, mereka terpaksa dipindahkan ke sebuah hospital di Llallagua.

tiga beradik biarkan labah-labah gigit mereka dengan harapan dapat berubah jadi spider-man

Menurut laporan Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro, mereka dirawat dan telah discaj pada hari Rabu lalu, hampir seminggu selepas mereka digigit.

Pietro mengambil insiden ini sebagai peringatan kepada ibu bapa, dengan mengatakan bahawa segelintir kanak-kanak menganggap apa yang berlaku di dalam filem itu adalah perkara yang nyata. Mereka tidak sedar bahawa gigitan daripada labah-labah Black Widow ini amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian.

tiga beradik biarkan labah-labah gigit mereka dengan harapan dapat berubah jadi spider-man

Menurut National Geographic, racun venom labah-labah Black Widow adalah 15 kali lebih kuat daripada ular ular. Labah-labah Black Widow adalah salah satu labah-labah yang paling ditakuti di dunia, dan yang paling berbisa di Amerika Utara.

Bagaimanapun, Black Widow sejenis spesis yang tidak agresif dan hanya mengigit untuk mempertahankan diri.

Sumber: New York Post

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }