Pemain golf terkenal Tiger Woods dikejarkan ke hospital di Los Angeles selepas terlibat dalam sebuah kemalangan pada Selasa lalu dan alami beberapa kecederaan.
Woods, 45 tahun, berseorang diri dalam kereta sport utility vehicle (SUV) yang dinaikinya itu nahas kira-kira pukul 7.12 pagi itu, lapor Reuters.
Memetik Jabatan Sherif Los Angeles, anggota penyelamat dilaporkan terpaksa menggunakan alat 'jaws of life' untuk mengeluarkan Woods yang terperangkap di dalam kenderaannya.
"Woods terbabit dalam satu kemalangan kereta pagi ini di California di mana dia mengalami beberapa kecederaan di kaki.
"Beliau kini melalui pembedahan dan kami ucapkan terima kasih atas privasi dan sokongan anda," kata ejennya, Daniel Rapaport, dalam satu kenyataan.
Kemalangan itu berlaku berhampiran komuniti pinggir bandar Rolling Hills Estates dan Rancho Palos Verdes.
Imej video di tempat kejadian menunjukkan SUV milik Woods dalam keadaan terbalik di sisi, sekitar 30 kaki dari jalan raya, dengan bahagian depannya rosak teruk dan dikelilingi serpihan.
Sebelum ini, Woods menganjurkan acara tahunan Genesis Invitational di Riviera Country Club pada minggu lalu.
Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam kejohanan itu, menyatakan masalah bahagian belakang yang dialaminya sejak sekian lama.
Sumber:
Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.