Tiket persembahan di Rumah Opera Barcelona, Gran Treate de Liceu dihabis jual itu bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa.
Namun sebagai tanda meraikan berakhirnya perintah berkurung di Sepanyol, persembahan kali ini dihadiri penonton ‘unik’ pada hari Isnin.
Pemuzik melakukan persembahan di depan ribuan penonton ‘unik’ yang merupakan pokok-pokok yang memenuhi tempat duduk di dalam dewan itu.
Acara itu merupakan idea seniman konseptual Eugenio Ampudia termasuklah persembahan dari Uceli Quartet.
Kira-kira 2,292 pokok telah disusun di ruangan teater itu ketika Uceli Quartet melakukan persembahan “Crisantemi” Puccini.
Walaupun tiada kehadiran pengunjung, namun mereka menyaksikan persembahan itu menerusi siaran secara langsung.
Menurut satu kenyataan, pihak rumah opera berkata, mereka mengalu-alukan tindakan yang sangat simbolik yang mempertahankan nilai seni, muzik dan alam semula jadi sebagai mesej untuk memulakan aktiviti persembahan.
Pokok-pokok tersebut dibawa dari nursery berdekatan rumah opera itu dan setiap satu pokok akan didermakan kepada kakitangan perubatan di Klinik Hospital Barcelona.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.