Seorang lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh apabila mencium pakaian dalam yang diambil dari ampaian rumah penghuni wanita di Taman Bukit Erskine, George Town hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, dia memaklumkan mangsa berusia 31 tahun membuat laporan polis kira-kira pukul 1.11 tengah hari ini berhubung kejadian tersebut.
Malah, wanita itu menyedari kelakukan lelaki tersebut selepas melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya pada pukul 6.40 pagi tadi.
“Polis masih menyiasat kes ini dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya hari ini.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.