Kredit gambar utama: Pexels
Orang kata seorang ibu atau bapa boleh jaga tujuh orang anak, tetapi belum tentu tujuh orang anak mampu jaga ibu bapa, terutama yang telah lanjut usia. Bila kali terakhir anda pulang menjengah ibu bapa? Bila pula kali terakhir anda menemani mereka membuat pemeriksaan kesihatan berkala? Atau berapa kerap anda luangkan masa melakukan aktiviti bersama mereka?
Bukan wang ringgit yang diminta, tetapi perhatian daripada anak-anak. Ada masa mereka merajuk, mengadu itu ini, call banyak kali sebab rindukan anak-anak. Sebagai anak, apa yang perlu anda lakukan untuk menggembirakan hati mereka?
#1 Walau sesibuk mana pun, pastikan anda luangkan lebih masa dengan ibu bapa, bercerita dan bergurau senda. Penuhi waktu makan, makan ubat atau ketika membersihkan mereka dengan gelak ketawa.
#2 Jika mereka tidak sihat, berikan kata-kata semangat, sentiasa tersenyum dan jangan biarkan mereka fikir kehadiran mereka membebankan kita. Sentiasa berbincang dengan pasangan, agar keharmonian rumahtangga terpelihara. Aura positif pun senang masuk ke rumah!
#3 Penuhkan masa dengan pelbagai aktiviti digemari ibu ayah dan sesuai dengan keadaan mereka. Bawa mereka beriadah di taman, belikan buku-buku kegemaran dan sekali sekala bawalah bercuti.
#4 Anak yang bekerja pula boleh menghantar ibu bapa ke pusat jagaan harian sementara kita keluar bekerja. Sekurang-kurangnya mereka boleh sertai ceramah agama, bertukar cerita dan ilmu. Tidaklah bosan duduk terperap di rumah. Tetapi, pastikan anda berbincang dengan mereka terlebih dahulu.
#5 Beri wang belanja dan pastikan keperluan mereka mencukupi. Sediakan bilik khas dan pastikan bilik tidur serta rumah kemas. Barulah tenang sepanjang hari.
#6 Jadikan mereka VVIP, bukan orang gaji atau tukang masak. Bantu kemas rumah dan masak. Jangan sedap order itu dan ini, selesai makan tinggalkan pinggan mangkuk dan periuk belanga tak bercuci.
#7 Sediakan makanan berkhasiat yang sesuai dengan mereka. Semakin berusia, mereka perlukan keperluan kalsium mencukupi untuk kesihatan tulang.
Paling mudah berikan mereka susu tepung kambing Harwany Gold Goat yang mengandungi lebih banyak kalsium dan rendah kandungan gula berbanding susu lembu. Susu tepung kambing Harwany Gold Goat tiada gula tambahan, tidak berbau hamis kambing dan boleh didapati dalam perisa coklat. Sesuai diminum dari usia enam bulan ke atas.
Kredit: Instagram @tajdid_hadhari
Susu ini juga disahkan halal oleh JAKIM. Secawan Gold Goat setiap pagi pasti bersemangat sepanjang hari! Dapatkannya segera di Guardian, AEON dan kedai jamu yang berdekatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.