Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Takut Pergi Servis Kereta? Haaa Ini Info Penjagaan Kereta Yang Semua Perempuan Perlu Ambil Tahu!

Setiap kali nak servis mesti ada perasaan takut.
Editor
27 Apr 2021, 07:00 AM

Bukan semua orang tahu akan penjagaan kereta, tak kiralah perempuan atau lelaki. Mesti akan garu kepala bila bawa kereta pergi bengkel. Sebab itu kena tahu serba sedikit tentang penjagaan kereta ini.

takut pergi servis kereta? haaa ini info penjagaan kereta yang semua perempuan perlu ambil tahu!

Yelah, kereta akan pakai untuk jangka masa yang lama.

Sebenarnya tak susah nak jaga kereta. Kena pastikan kereta cukup servis. Tapi kena tahu apa yang periu kena servis dan waktu bila nak kena hantar kereta pergi servis. Betul tak?

Haaa tak perlu risau ini ada info berguna tentang servis kereta.

takut pergi servis kereta? haaa ini info penjagaan kereta yang semua perempuan perlu ambil tahu!

1. Minyak hitam

Minyak hitam yang bukan sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km atau dalam tempoh tiga bulan. Kalau guna yang sintetik, mungkin dalam 7,500 km atau 10,000 km.

2. Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa, 5,000 km. Kalau minyak sintetik dalam 7,500 km hingga 10,000 km. Maksudnya, bila nak tukar minyak enjin, kena tukar sekali filter minyak tu juga.

3. Spark plug

Kalau ikutkan schedule maintenance book setiap 20,000 km. Tapi kalau boleh pakai sampai 30,000 hingga 40,000 km, taka da masalah. Tak ada lah kritikal sangat. Tapi, kalau dah lebih 40,000 km tak tukar, electrode akan makin menipis. Jadi lebih baik tukar sahaja. Harganya sekitra RM20-25 untuk empat biji.

4. Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan. Kalau selalu isi air suling tu, ia boleh bertahan sampai 2 tahun. Bagi bateri kereta yang jenis free maintenance battery anda tak perlu top up air, herganya lebih mahal.

Dan ingat, kalau nak beli bateri baru. Pastikan beli bateri daripada jenama yang boleh dipercayai. Sebab kat Malaysia ini ada banyak kes barang tiruan.

5. Timing belt

Timing belt kena ikut jenis kereta. 60,000 km untuk kereta Proton Wira dan Saga. Kalau Proton Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV boleh tahan sampai 160,000 km. Ramai orang takt ahu kalau dah sampai saja 60,000 km mereka kena tukar timing belt tak kiralah pakai kereta apa.

6. Clutch plate

Kalau nak ikutkan, clutch plate ini hanya kena tukar bila ada simptom ‘clutch slipping’ yang berlaku sewaktu memandu. Susah nak terangkan sebab ada yang kata bila 100,000 km baru kena tukar clutch.

8. Air filter

Kena tukar setiap 20,000 km, tapi kalau tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup dibersihkan sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Siapa yang pakai kereta auto, minyak ini memang penting! Kalau tak tukar lebih daripada 30,000 km boleh menyebabkan kerosakan pada auto gearbox dan sekiranya berlaku, ia akan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

takut pergi servis kereta? haaa ini info penjagaan kereta yang semua perempuan perlu ambil tahu!

10.  Gear oil

Kepada pengguna kereta manual, kereta tak perlu pakai ATF, tetapi kena guna gear oil. Minyak ini perlu ditukar setiap 60,000 km.

11. Brake fluid & power steering fluid

Kalau rajin flush keluar gantin baru pada setiap 60,000 km.

12. Radiator coolant

Sebotol bernilai RM15-20, jadi tukarlah dalam 60,000 km sekali. Kalau air radiator warna clear saja, maknanya pakai air paip biasa saja tu. Pakai coolant enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih.

13. Air-cond belt/alternator belt

Okay belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau bahagian ribs dah ada crack halus, maka lebih baik tukar sahajalah belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt, baru nak tukar segala belt ni.

14. Water pump

Bila nak tukar timing belt buat kali kedua. Katakanlah anda tukar timing belt setiap 80,000 km okay jadi kali kedua mesti akan 160,0000 km. Haaa elok tukar sekali water pump, kerana hayatnya pun sudahpun tiba! Tukar water pump kena buka timing belt, jadi buat je sekaligus!

15. Brake pad

Tukar bila dah mula rasa haus atau rada brek kurang mengigit. Biasanya kereta tiga hingga empat tahun kena tukar sekali saja. Minyak brek pun sama!

Jadi itu sajalah serba sedikit perkongsian. Tak perlu takut atau risau bila pergi servis kereta dah lepas ni. Yang penting pastikan anda pergi ke tempat servis yang betul.

Sumber: Twitter Izz

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.